Doraemon ♥

Rahsia Unsur Wanita
Sabtu, 1 Oktober 2011, 0 Nobita[s]



Mesti korang jarang dengar setiap perempuan mempunyai unsur-unsur sifat alam seperti air,tanah,angin dan api kan ? So hari ni Achik nak kongsi dengan korang tentang Rahsia Unsur Wanita. Mengikut apa yang Achik tahu rahsia unsur wanita ni adalah petua orag tua-tua dulu untuk Si Lelaki memilih pasangan, hehe. Pilih mengikut anak yang keberapa . Achik anak pertama, korang ?
ANGIN ---> anak keempat,kelapan dan kedua belas
TANAH ---> anak pertama,kelima dan kesembilan  
AIR ---> anak kedua,keenam dan kesepuluh  
API ---> anak ketiga,ketujuh dan kesebelas  

TANAH:
1.Rendah diri serta hormat dan patuh,setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya.
2.Tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggi diri, tidak sombong dan bukan pemarah.
3.Seorang yg tenang dan mampu menenangkan orang lain termasuk orang tersayang serta selalu memberi dorongan dan galakan.
4.Tidak suka membantah atau membangkang.
5.Berpewatakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

AIR:
1.Menghidupkan keadaan dan memebuat orang sekeliling sentiasa bersemangat.
2.Mengambil berat tentang orang lain dan sentiasa menjadi kebajikan orang tersayang.
3.Hatinya bersih serta boleh membahagiakan orang tersayang dan kaum keluarga.
4.Mampu menenangkan hati mereka yang dalam kesusahan termasuklah orang tersayang.

API:
1.Cintanya sentiasa hangat membara kepada yg tersayang serta kuat cemburu.
2.Cergas dan cepat dalam pergerakkan menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan segala hal.
3.Penasihat yg baik.
4.Pandai dan cekap menguruskan tugas,pandai menghias diri agar sentiasa cantik dan menarik.
5.Sentiasa berwaspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

ANGIN:
1.Lemah-lembut dan menyenangkan orang tersayang dan sekelilingnya.
2.Pandai memujuk dengan kata-kata indah.
3.Mempunyai perilaku yg sopan-santun dan pekerti mulia.
4.Tidak suka menyusahkan orang lain.
5.Pandai mewujudkan suasana ceria dan selesa agar sentiasa tenang.




0 Ulasan:

Catat Ulasan

.Assalamualaikum
.Sila tinggalkan 1komen di bawah ini
.Jangan gunakan perkataan kesat
.Terima Kasih atas kerjasama anda

0 comment(s)
<--Older Post | Newer Post-->